Skip to main content

4. PENYESUAIAN SOSIAL

4. PENYESUAIAN SOSIAL




Penyesuaian Sosial

  • Proses adaptasi yang berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
  • Keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat sosial yang baharu.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi , realiti dan keadaan . (Hurlock,1990)
                                                                                                                                                         

KEMAHIRAN INTERPERSONAL :


Kemahiran antara individu atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai keputusan tertentu. 

                                                                                                                                                         

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL :


Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

  Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal mampu mengenali diri sendiri secara lebih mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan matlamat dan hala tuju kehidupan mereka.

                                                                                                                                                         

PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN :


  • Memupuk amalan bekerjasama, memudahkan proses mengingat serta menimbulkan rasa persaingan antara rakan yang lain.
  • Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti merupakan satu pengalaman belajar yang wajar dan harus serta semula jadi.
  • Dapat memupuk sifat kekitaan, semangat kerjasama, hormat-menghormati, saling bantu-membantu serta menyokong satu sama lain.
  • Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai, kepercayaan dan menuntut ilmu bersama-sama secara aktif serta saling bertukar-tukar pendapat dan idea antara individu lain.

                                                                                                                                                         

ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT :



Guru-guru kini banyak menggunakan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam semua mata pelajaran.

Terdapat banyak bahan PdP yang dapat diperoleh daripada internet dan dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menambah maklumat.

Individu boleh berkongsi pelbagai maklumat bersama pengguna internet dengan memuat naik pelbagai bahan rujukan ke laman sesawang.




Kerajaan Malaysia telah menyediakan banyak dan pelbagai kemudahan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat pengajian seluruh di negara agar pelajar didedahkan dalam bidang ICT.


Tujuan :
  • Memperluaskan kegiatan kurikulum berasaskan ICT.
  • Meningkatkan sistem pentaksiran menggunakan ICT.
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT.
  • Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.

Kelemahan perkongsian maklumat melalui ICT:

  • Kesahihan maklumat yang tidak dapat dipastikan.
  • Sumber yang tidak pasti dan jelas.
  • Masalah dalam penggunaan rangkaian dan internet.


Kelebihan perkongsian maklumat melalui ICT:

  • Maklumat dapat dikongsikan dengan mudah dan pantas.
  • Mudah untuk memuat naik dan turun bahan-bahan.
  • Menjimatkan masa.

                                                                                                                                                         

GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK :

Sistem pendidikan Malaysia lebih mengutamakan kecemerlangan akademik telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan gender.

Bilangan dan jumlah pelajar perempuan di institut pengajian lebih tinggi berbanding bilangan pelajar lelaki.

Hal ini berpunca daripada kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh perempuan kerana menurut kajian kadar ingatan perempuan adalah lebih kuat berbanding lelaki.

Ini menyebabkan sejumlah besar lelaki kurang berjaya dalam peperiksaan terutamanya yang melibatkan proses mengingat.


Cara didikan guru yang lebih kepada pembelajaran secara formal juga mengakibatkan perbezaan pencapaian  pelajar.

Pelajar lelaki lebih menggemari cara pembelajaran yang tidak terlalu formal. Mereka lebih meminati pembelajaran yang menggunakan visual seperti gambar, video dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih berminat kepada aspek teknikal dan kemahiran.


Sejumlah besar lelaki mengalami kesukaran untuk menumpukan terhadap sesuatu perkara dalam jangka masa yang lama berbanding pelajar perempuan.

Guru hendaklah mempelbagaikan strategi mengajar supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran lelaki dan perempuan.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3. SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

3. SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN Definisi pentaksiran :  Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. "Sebagai pelajar, anda harus mengambil berat terhadap pentaksiran ."  Konsep pentaksiran : Merupakan satu proses dalam pembelajaran. Merangkumi aktiviti menghurai , mengumpul , merekod , memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar dengan tujuan tertentu. Tujuan pentaksiran :  Membaiki pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Mengukur tahap prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Pengukuran:   Proses untuk ...

1. KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

1. KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS Pengenalan : Kemahiran penting untuk menggabungkan, mengintergrasikan atau menggabungkan idea-idea pelbagai sumber. Mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalis melalui prinsip induksi atau deduksi Penting dalam membuat sebarang keputusan                                                                                                       1.  Menganalisis Maklumat  Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.   Dalam menganalisis data, pelajar perlulah pastikan ba...