Skip to main content

1. KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS


1. KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS






Pengenalan :
  • Kemahiran penting untuk menggabungkan, mengintergrasikan atau menggabungkan idea-idea pelbagai sumber.
  • Mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalis melalui prinsip induksi atau deduksi
  • Penting dalam membuat sebarang keputusan 
                                                                                                 








 1.  Menganalisis Maklumat 

Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.  



Dalam menganalisis data, pelajar perlulah pastikan bahawa pelajar mempunyai lebih daripada tiga data untuk dianalisis.


Tujuan :

  • Menghubungkaitkan fakta
  • Mensintesis data
  • Membandingkan fakta
  • Membaca yang isi tersirat
  • Membuat kesimpulan

                                                                                                 





2.     Mentafsir dan membuat kesimpulan 

Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.  

Pelajar boleh mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.  

Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat dan antaranya adalah seperti berikut:

a) Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh
b) Menyatakan hubungan di antara maklumat
c) Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

                                                                                                  





3.     Menilai Maklumat 

Maklumat yang diperolehi perlu dinilai kesahihannya terlebih dahulu melalui pelbagai cara seperti:

a)     Perbandingan fakta dan pendapat
Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum, benar, sahih dan tidak dapat dipertikaikan.
Pendapat ialah pandangan sesorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu.
b)     Tahun penerbitan dan autoriti
Penting bagi mempertimbankan tahun sumber keran kredibiliti teori, konse dan model akan berubah. Beberapa sumber yang lama mungkin ketinggalan zaman.
Autoriti penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yg diperolehi dan menilai samada maklumat tersebut boleh dipercayai ataupun tidak.



Bagi menentukan pengesahan sesuatu maklumat, pelajar perlu menyemak
i)               Nama pengarang
ii)              Kelayakan akademik pengarang
iii)             Karya-karya yang pernah dihasilkan
iv)             Adakah pengarang pakar dalam bidang tersebut?
v)              Sumber penerbitan
                                                                                                 



4.     Mensintesis 

i)                Sintesis melibatkan pengumpulan idea dalam tugasan anlitik.
ii)       Tidak memberi tumpuan kepada satu sumber akademik tetapi lebih kompleks melibatkan lebih daripada banyak sumber.
iii)             Mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh.
iv)             Maklumat yang disintesis dgn baik akan menjadi suatu bahan bacaan lebih mudah difahami.



Langkah-langkah untuk mensintesis :

a) Baca bahan sumber
b) Buat catatan dari setiap sumber menggunakan perkataan sendiri
c) Gunakan sekeping kertas kosong dan buat grid menggunakan satu kotak untuk setiap sumber mengikut pengarang dan maklumat
d) Lengkapkan grid dengan membuat bullet untuk idea-idea utama dari setiap sumber
e) Tunjukkan sintesis secara bertulis dan beri pendapat dan rumusan sendiri.
f) Cari tema yang biasa dan kenal pasti hujah-hujah daripada setiap pengarang
g) Berikan hujah sendiri dengan menggunakan perenggan baru untuk setiap hujah baru
                                                                                                 



Comments

Popular posts from this blog

4. PENYESUAIAN SOSIAL

4. PENYESUAIAN SOSIAL Penyesuaian Sosial Proses adaptasi yang  berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat sosial yang baharu. Kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi , realiti dan keadaan . (Hurlock,1990)                                                                                                                                                           KEMAHIRAN INTERPERSONAL : Kemahiran antara individu atau ...

3. SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

3. SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN Definisi pentaksiran :  Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. "Sebagai pelajar, anda harus mengambil berat terhadap pentaksiran ."  Konsep pentaksiran : Merupakan satu proses dalam pembelajaran. Merangkumi aktiviti menghurai , mengumpul , merekod , memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar dengan tujuan tertentu. Tujuan pentaksiran :  Membaiki pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Mengukur tahap prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Pengukuran:   Proses untuk ...